“…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” [ Yusuf : 87 ]
Ada segelintir individu di luar sana yang mudah menyerah kalah dalam bercinta. Terutama ketika mereka sedang hangat bercinta, hubungan itu terputus di tengah jalan, lalu mereka menjadikan ia sebagai salah satu alasan untuk tidak mendirikan rumah tangga. Kecewa kerana gagal berkahwin dengan kekasih hati adalah perkara wajar, tetapi jangan jadikan ianya alasan untuk tidak berkahwin. Dunia ini sangat luas, kegagalan dalam bercinta bukan bererti kita tidak layak bahagia atau meraih kebahagiaan. Jika hari ini Allah belum mempertemukan kita dengan orang yang mencintai kita, InshaAllah, ia pasti akan datang, sama ada cepat atau lambat. Itu adalah sebahagian dari kekuasaan-Nya.
Jangan berputus asa
Cinta juga melalui beberapa proses. Ia memerlukan waktu, namun ada yang datang tanpa diduga, atau mungkin tidak seperti yang kita harapkan. Dalam apa jua keadaan, sentiasa berdoa dan tawakal kepada Allah SWT agar dikurniakan dengan jodoh yang soleh dan solehah. Seperti yang kita dapat lihat di sekeliling kita, pada zaman sekarang kebanyakan mereka yang tidak mahu berkahwin disebabkan kegagalan dalam bercinta, justeru itu, semai kan lah dalam hati, setiap kegagalan pasti ada penyelesaiannya kelak.
Motivasi untuk mereka yang patah hati
Setelah menyakini bahawa Allah akan memberikan yang terbaik untuk kita, maka fokuslah ke masa hadapan anda. Apa visi, misi dan tujuan anda. Jadikan ianya sebagai motivasi anda agar dapat meraih hidup yang lebih baik. Ingat, jangan sesekali berputus asa, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
“Dosa besar yang paling besar adalah menyekutukan Allah, merasa aman dari makar Allah, putus asa terhadap rahmat Allah, dan putus harapan terhadap kelapangan dari Allah.” (Hadis hasan sahih; diriwayatkan oleh Ath-Thabrani)
Maka kita, sebagai seorang yang BERIMAN KEPADA ALLAH, tidak boleh sesekali berputus asa
No comments:
Post a Comment