fReeDoM, EnJoY

fReeDoM, EnJoY
YaEhhh .. . Say no To tEnsenn, JobLeSs

I OnlY a HumaN bEInG

. . . welcoMe to mY woRlD. . . .

Saturday, July 16, 2022

July please be Nice to me!!!!

Hi there!!! How are u? Selamat Hari Raya gaisss!!! 

Busy with work & kumpul duit buat Locum seBab!!!! Hujung bulan ada running Event kat Yala- Thailand. . Sawwadee 🤭. . Pastu awal bulan Trip g KK dgn geng hosp besut😆. I masuk je ngn semua orang. Kawan je semua, tapi kalau bjet GOOD2 I x boleh Go😅

About the guy!!!

Ok, I think 🤔. 1st tu duk fikir. . 
                                               Yes, it's him

Yer, rasanya just 2 3 Kali je kot , we all jumpa face to face. . No SPARK pun I rasa😅. Mayb dia jodoh orang lain, & I x suka nak jaga jodoh orang ni 😂. .

Alhamdulillah, I rasa I x ada nak confess. . Just saying, if ada jodoh adalah. 


In my case🤔 . We just jumpa face to face dalam 3 Kali je kot. 

After that, dia menghilang Dari radar, then when I texted tak balas, then a few day just texted back. No response. . Fine, Alhamdulillah. Semoga Arwah bahagia. Kan dah kena tukar name to Arwah. .
 
ok laaa that guy is super Busy. But, if he is Busy. Tak kan xda masa utk reply my text. Ok fine, I ngn dia bukan ada Pape, dia bukan husband I & I bukan wife dia. Why nak suruh dia reply (sedapkan hati, be +ve)

Maaf, I bukan hegeh person . No more turning back, gitewww. (Adakah doa ISTIKARAH aku ter jawap- kalau dia jodoh aku, permudahkan lah, kalau bukan, jauh kan la). 

Dah memang menunjukkan sign kan, I je buat ignore.  BTW, tQ for that guy. U make me feel better. . Alhamdulillah, I x attach sangat. So feeling sakit tu tak da teruk. .  

So , I just do back my self-love. . Busy kan diri dengan Do Locum at TTMC KLCC 😲, Duit dapat, masa x membazir, CuCi mata (pilot, engineer, crew airlines Dll) . Sbb ni klinik panel Untuk geng PETRONAS, MAS, OFFSHORE. . 



HOPE BULAN JULY DAN SETERUSNYA BOLEH BE NICE TO ME & BEST VERSION OF ME WITH FULL OF SELF-LOVE 🤲. . SEMOGA BELIAU: ARWAH PUN BAHAGIA BERSAMA CITA2 & CINTA DIA. . U TERLALU BAIK UNTUK I , AHHH GITEWWW 😬

Saturday, June 25, 2022

Day 6 HSO

Assalamualaikum, hi u all. .  

My housemate semua is ok and bagus gaiss. .  Terima kasih Allah hadirkan aku di kelilingi dengan orang baik2. . Tapi kita kna la baik baru orang baik dengan kita. . 
cerita semalam, syikin. . Akak, nanti makan la. . .tq kin 😘

Ok, esok LAST DAY HSO. .  THEN 27 Kita started kerja. . Alhamdulillah. Sepanjang quarantined +ve COVID ni aku x ada hilang deria rasa. . 
benda ni bagus utk kegunaan time quarantine. . Hahahaha jap lagi malam nak masak Maggie 😂. Aku ni dlm setahun 2 3 Kali je sentuh Maggie 🤪


Esok, nak kemas2 bilik. .Basuh & Tukar langsir cadar semua. But, still wear mask. seBab housemate yang lain still ada. . Cuma aku bebas utk esok je nk kemas2 bilik & basuh baju😁. Isnin dah masuk kerja pagi. . 

Niat, dalam perancangan tu nak topup balik ubat2. Alhamdulillah, aku memang Jenis akan prepared ubat siap2. . Hahahh tapi tu laaaa, ubat Batuk mmg xda dlm SImpanan. . 
Kebanyakan ubat aku Jenis beli sendiri. Jarang amik stok ubat hospital 😜, kalau amik pun yg Untuk selsema😁

Mr hey u,
Ahaa, dia hilang Dari radar gais!!. It's ok. Baru Dua Hari kan. MEmang pattern dia dah gitu. Siapa aku nak ubah. Aku xda soalan nk Tnya, dia pun xda. Sbb dia bukan Jenis suka soalan yg tak mencabar. . Apa kabar, dah makan? Makan apa? Buat apa?. . Hahahaah aku pun camtu. .
so memang wujud lah 

 so, aku observe dia ni suka & selesa lagi talk face to face, 2 way communication. And dia ni akan masukkan aku skali dlm future plan dia . doakan, if Dia jodoh aku, Maka Allah akan permudahkan. Aku x nak jaga jodoh orang ni😁. Tengak la, mayb esok ke, lusa ke timbul la Mr hey u Aku tu.  

Thursday, June 23, 2022

KKM: Gejala Simptom Covid 19 Omicron di Malaysia

Alhamdulillah, aku di kelilingi dengan orang yang baik2. . InsyaAllah, kalau kita baik dengan orang, orang akan baik dengan kita. . 

sebilik dengan roommate, +ve. . Tapi roommate dah 3 Hari symptoms terang2 nampak mcm covid dengan demam & Batuk bagai..  tp.   . Tu laaa aku yang lalai. . 😂. Aku x nak salahkan sesiapa. .  Akhirnya Tewas dengan covid sebilik😜


Here aku nak share pasal symptoms virus covid yang aku dapat dlm tempoh 42 jam. . 

*Hidung berair (Runny nose)- after 48 hours 
*Hidang tersumbat (Nasal congestion) - after 72hours
*Sakit kepala (Headache) ✅ - resolved dalam masa 2 hari
*Pening kepala (Dizziness)✅ - resolved dalam masa 2 hari
*Bersin (Sneezing)✅ - Hari ke 4 baru timbul symptoms
*Batuk secara berterusan (Persistent cough)✅ - ni Hari ke 4 pun still ada😰
*Sakit kerongkong (Sore throat)✅ - resolved dalam masa 4 hari
*Berpeluh pada waktu malam (Night sweats)✅ - resolved dlm masa 2 hari
*Keletihan dan badan berasa lesu (Fatigue) ✅ - resolved dalam masa 3 hari
*Sakit-sakit badan (Body aches and pains)✅- Hari ke 3 baru resolved
*Berasa loya dan mahu muntah (Nausea) ❌

~Demam dlm tempoh 42 jam✅😫. Ya Allah, high grade fever 🤒 tengah malam tu badan terasa bahang sangat. . Ambik PCM pun kena 3 jam sekali😔. Kesian kidney aku. . Dah la aku Jenis susah nak minum banyak air masak. Paksa minum Air, pastu kerja berulang ke tandas asyik nak pass urine. 

Dalam masa demam tu, chills and rigor. . Ahaaaa demam nak datang lagi. . Aku gigih mandi 3 jam sekali weihhh. . Nak bg temperature badan tu turun cepat. Pastu amik ubat PCM 3 JAM SEKALI. JANGAN RISAU, AKU AKU UPHAMOL 650. DOSE 650😅, Bukan 1 gram😁. Pastu time tidur Tau masa demam aku basahkan tuala kecik Letak kat celah ketiak2. Nak bagi suhu turun lagi. 

Yang ni dlm tempoh 2 Hari jugak symptoms demam & sakit belakang aku resolved slowly. Alhamdulillah. . Aku takot jugak, sekarang ni musim denggi, takut denggi la pulak datang. .

Simptom macam Batuk, kahak xcair (Dari mana dtg kahak aku malas nak bg penerangan 😃)- day 4 tak resolved lagi, dtang pulak bawak kawan dia bersin & Running Nose. . Alhamdulillah

selerak kan 😆 meja aku. .  Abaikan. Tq House mate yg suka & banyak membantu aku dalam tempoh kuarantin ni. .


* I is tak sabar nak abiskan tempoh HSO samPai 26.6.2022 ni. . Banyak aktiviti nak buat niii. . Jogging off coz laaa on. . Hiking 🤭. Nak g kejar jodoh lagi niiiiiii. . Hahahahahah ngek laaa . I is Happy Untuk kejar jodoh xtau siapa ni . .


Ingat semua simtom covid terutamanya tanda omicron di atas, sayangi diri anda dan keluarga yang anda sayangi.

Sunday, June 19, 2022

Kita MeRancang

hi Assalamualaikum. . .

Yeay, berjaya ke next stage. . Ujian Saringan Untuk JURURAWAT TERLATIH U29 HUSM , berjaya😁. Tapi petang tu aku duk fikir2 nak adjust roster bagai. . seBab 26 ni kna g interview kat sana. Kelantan.  Adoiii rosters dah keluar sampai awal July😜. Pastu aku duk fikir jauh, kalau jodoh aku ngn org KL ni camne, nak ke aku PJJ😲. MEmang laa , x semestinya pergi aku akan dapat. Tapiiiii, aku sgt yakin akan dapat😜. Dari Ujian Saringan dlm 70+, aku berjaya Untuk ke stage Shortlist Untuk interview yg xsampai senarai 30 mayb. Alhamdulillah. . 

Ok, nak di jadikan story. semalam Hey u Text jumpa when free. . So , gtau la. Ok isnin (today) I kerja pagi. . Laju je. .hahahh then he replied , "jumpa esok, after maghrib". I said ok, tapi kat KL. . Sebabnya aku ni sejenis malas nak keluar & drive. . Lagipun dia nak jumpa😜. Sorry u. .

Dah siap rancang2 ni semua.. . Tu la, kita merancang. Tp Allah tentukan. . Tadi, tersedar dalam pukul 3am, rasa x sedap badan. .Ah sudahhh. . Tapi sblm tidur tadi mmg ada amik PCM (panadol), seBab rasa nak demam skali ngn headache. Tengok jam, adoiii lambat lg ni nak g kerja pagi ni🤣. Tp sbb x boleh tidur & macam x sedap hati. Pukul 4.30 pagi aku bangun cari self test Untuk covid 😂. Hati ni rasa macam +ve. Dalam kepala ni duk fikir, kena buat test ni. Nnt kesian kalau rebak sebar kat kawan2 kerja, patient & baby2. . Covid kan berantai dia rebak😜. So. . Jeng jeng jengggg. . jeng jeng jengggg. . POSITIVE 🤭, 

Perasaan was2 tu ada, tu 2 Kali buat😃
 ALHAMDULILLAH.  Bukan +ve pregnant Tau, aipppp.  So noted la to Sister ward, kawan2 and say sorry cos saya dh Tewas!!! Ingatkan covid ni x datang / lupa nak menyinggah kat aku😁.  Apa lagi, dpt laa HSO (home self quarantine order) . Yeayy HADIAH BIRTHDAY AKU DAPAT 7 HARI🎉👏💕😘 bukan 7 Hari mencintai mu ya!!!


 Actually, roommate aku ni dh 3 Hari demam Batuk selsema. Aku suspect dia COVID +VE. Bila tnya, Rtk dia kata buat saliva -ve. Ok laa. . aku bg la ubat2 apa patut Untuk symptoms dia tu. 


Pukul 6 pagi tu aku wassap roommate gtau sruh dia repeat balik RTK. sbb aku +ve. And pukul 7.39 am dia balik kerja , aku buatkan nasal swab😃, and results dia memang +ve. Cuak dia, sbb dia kata dia sebarkan kat aku, aku gtau laaa. Rilex laaa, kita kan mmg hidup dgn virus tu, mana2 ada😜
-----

So, aku text hey u. Bagitahu yg aku +ve and suruh Dia buat test. Risau laa weihhhh, takot aku yg bawak benda ni. Then aku inform family 😁, siap2 gtau kat kakak sulung sruh cek!! seBab kitaorng kongsi makan in 16hb tu 🤭. Then, called pihak HUSM bagitahu aku x boleh dtg interview tu sbb HSO till 26.6.22. .

--- sekian😜


Saturday, June 18, 2022

sama Life purpose Kerana Allah

Suami isteri wajib faham perkara ini.
.
1. Semakin dekat hubungan anda berdua dengan Allah, semakin eratlah hubungan anda berdua.
.
Dari sinilah bertambahnya rezeki, keberkatan, kebahagiaan, ketenteraman dan banyak lagi.
.
2. Sebaliknya, semakin jauh hubungan anda berdua dengan Allah, semakin rengganglah hubungan anda berdua.
.
Dari sinilah Allah tarik rezeki sedikit demi sedikit, ada pergaduhan, kesengsaraan, keserabutan dan banyak lagi.
.
Suami isteri, yakinlah bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan memohon pertolongan. Maka mohonlah yang terbaik demi kebaikan rumah tangga kalian.
.
.
Kredit : @kunantaofficial

Jodoh; Dipilih atau Memilih?



.
Pertama.
• Satu hal yang sering dilupakan oleh wanita adalah kemuliaan wanita tidak bergantung pada lelaki yang mendampinginya. Kenapa? Allah meletakkan nama dua wanita mulia dalam Al-Quran, Maryam dan Asiyah. Kita tahu, Maryam adalah wanita suci yang tidak memiliki suami, dan Asiyah adalah isteri dari manusia yang sangat kejam, Firaun. Apakah pangkat itu mengurangi kemuliaan mereka? Tidak.
.
Kedua.
• Bicara jodoh adalah bicara tentang hal yang jauh; akhirat, syurga, redha Allah, bukan semata-mata dunia.
.
Ketiga.
• Jodoh itu sudah tertulis. Tak akan tertukar. Yang kemudian menjadi ujian bagi kita adalah bagaimana cara menjemputnya. Beza cara, beza rasa. Dan tentu saja, beza keberkatannya.
.
Keempat.
• Dalam hal rezeki, urusan kita adalah bekerja. Soal Allah mahu meletakkan rezeki itu dimana, itu kerja Allah. Dan jodoh, urusan kita adalah ikhtiar. Tentang Allah mahu mempertemukan di mana, itu kerja Allah.
.
Kelima.
• Cara Allah memberi jodoh bergantung cara kita menjemputnya. Satu hal yang Allah janjikan, bahawa yang baik untuk yang baik. So, jadilah yang terbaik!
.
Keenam.
• Dalam urusan jodoh, ta'aruf adalah proses seumur hidup. Dan yang penting, jangan expect berlebihan dan jangan merasa sudah sangat mengenal sehingga berhak menafsirkan tentang pasangan.
.
Ketujuh.
• Salah satu cara terbaik mengenali calon pasangan yang baik adalah melihat caranya dengan empat pihak; iaitu Allah, agama, keluarga, dan kawan-kawannya.
.
Ada lagi?
.
Tanyakan pada hati sendiri. Mana di antara semua faktor itu yang paling mungkin membawa kamu dan keluarga kamu ke syurga?
.
Ada satu perkara yang sering orang lupa tentang jodoh; iaitu jodoh bukan hanya mencari dan menunggu, tetapi ketika memang sudah waktunya, walaupun dengan apa cara dan keadaannya, dua insan itu akan Allah pertemukan. Jodoh memang rahsia; sekalipun begitu tak perlu risau menantinya, kerana janji Allah itu pasti. - Gadis Monolog.
.
Antara nasihat saya untuk kalian;
.
Buat kaum Adam yang mencari cinta Hawa.
Buat kaum Hawa yang menanti cinta Adam.
.
Adam, andai mahu mencari Hawa.
.
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata, kerna Hawa hari ini tidak lagi seperti dahulu. Lihatlah pada pergerakan tangannya. Andai mudah tangan lembutnya menyentuh pada lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. "Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki / wanita yang boleh kita kahwini."
.
2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata. Lihatlah pada alis bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah (menabur buruk) buat suami.
.
3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyuntingnya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih liar melihat segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.
.
Hawa, andai mahu menerima Adam.
.
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata. Lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerna maksiat lebih mudah jika malam sudah tiba. Khuatir, subuhnya leka dibuai mimpi nan indah.
.
2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerna aurat suami hanya selayaknya untuk isteri.
.
3. Jangan dilihat pada tampan semata, lihatlah pada mulutnya tika berbicara. Andai mudah menghambur carutan dan kemarahan, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya, risau hanya kerana kesalahan kecil, isteri akan dimarah kasar.
.
Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti dahulu.
.
Tenang-tenanglah.
.
Semakin hebat amal dan pendekatan seseorang kepada Allah, semakin Allah sayang. Bila Allah semakin sayang, pastinya Allah nak serahkan diri kita pada jodoh yang paling terbaik. Yang akan menyayangi dan menghargai kita sepenuh hati kelak.

Friday, June 17, 2022

Kenal Untuk Kawin, good answer boy!!!


Asyik nak jumpa x jadi2. Kalau ada pun dia text!! Ayuh!!! Cepat siap. . Ok, ada la nmpak mcm dia nk serius main2. . Dah pandai call ok😏. Tp nom dia x bg pulak. Private sgt. Ok laaa fine 


Nak dijadikan Cerita, 16.6 tu adik aku nk g fly ke POLAND. then aku gtau la kat SI hey u (save nama dia) kata JoM jumpa. If xda plan that day. Sbb aku nk g klia. So Dia kat cyber, boleh la naik train. Sbb isu dia claim xda transport. Aku x harap pun Dia dtg, mmg siapa berani kan nk dtg jumpa. Jumpa aku pun belum, ni kan nk jumpa terus adik aku. Segan la dia. . So, dia decided, Dua tunggu kat mall. Sbb dia nk beli barang dapur 
Kebetulan, adib boarding 9-9.30 pm kna ada kat immigration. So aku kata, after that laa g jumpa. Tp mayb mall dh tutup😅. . Dia tunggu Dari pukul 7 to 9 🤣. Dia mcm dh lama tunggu,  text aku kata dia dh pishang 😬. Terus x sedap laaa. Maaf u, ampun. Ralat laa jugak. . Maaf byak2. Tp I x mentioned yg we akan jumpa pukul berapa kan🤣 sampai settle adib departure. .



So, aku mintak izin kat adik2 & akak aku. Nak g cyber. Nak g dating 🤣. Orng tu dah kena Sidai 3 jam. . So ,dorang faham n bg permission n siap advice jaga diri and make sure he is the right one & kira jadi slaluh😃 ewahhhh ewahhh. Hahaha tq korang😘, 1st time ni weiii nak jumpa stranger. . hhhhaah 

Aku ni kalut laaa nk g Cari parking . Kat mana aku parking kat KLIA. pastu dh jumpa, kena pusing dua Kali sbb terlepas simpang keluar☺️. Lepas tu, as usual. Pecut laaa 100-120 . . Hahahhah. Dh la Gelap jalan.  Alhamdulillah sampai 10 minit sblm mall tutup. .Hujan Rahmat pulak. 
Aku text la dia, kat mna. Aku tunggu kat tepi jln sbb nk masuk parking mall tu, mcm dh Gelap. 

Then after a few minutes, Hey u timbul dlm hujan. . Bukak pintu kete. Aku berani tak je, buat2 berani. .weiii dating dlm suasana hujan n Gelap dlm kete. . suara dia😍 macm si fareez (ex neighbors aku, pilot). Sejam setengah je Aku ada masa utk balik KL. Aku sruh la dia drive sbb CYBER NOT MY KAWASAN 😜. 

Aku boleh puji la, dia. Agama dia ttg Islam bagus Dari aku.   Pengetahuan am, off kos laa diaaaaaa.   PHD kan🤣. Ok LULUS buat calon bakal Iman. Dia bawak aku kenal jln rumah dia. Ni la rumah I. Siap bacakan sign lagi. . ECO SETIA GLADES. . nnt u ddk sini laa. Adoiiii palpitations TiBa2 aku. . jgn nk buat sweet sgt boleh x☺️ kita kenal pun x sgt.  Sbb dia tu byk sgt Rahsia. Kerja dia pun aku x Tau. 

Then dia bawak jalan cyber, putrajaya n tempat kerja dia. Katanya kerja kat JABATAN PERDANA MENTERI 😲. Aku yer kan je. Ni la office tempat I kerja.   Pastu tunjuk hotel baru laaa, triple 3 hotel laa, zenith laa.tunjuk hotel kat sini la tempat kawin.  Hahahaha pastu aku gtau 18 ni birthday I😜, dia sruh blenja. Aku gtau la. Why pulak, u la belanja 😜. Dia kata, I ok je. Ok we will see. . 

Dia ni agak peramah, bagus. Tp mcm dia ada skill banyak pikat ppuan. Hahahaa sbb the way dia cakap ngn aku, xda tergagap2 . . Alaa 1st time jupa kan, mesti ada gagap2. Tp dia ni x. . ok laaa aku 🤔 positive je laa.  

Dalam kereta, aku Tnya la perancangan dia. Dia tnya balik aku. Aku senyap je laaa, tunggu jwpn dia. . then, dia tnya. Aku serious ke? Aku tnya la dia balik. Dia kata if I say yes, dia ok . 2 3 Kali jugk. . hahhha so my answer is YES. aku dh malas nak mencari dgn umur dh 35. Klu x berjaya yg ni, bawak diri je la kat Arab. Dia pun kata, ok. Kita couple, ingt tarikh anniversary kita, 16.6.2022. . Amboiiiii dia nii. . 

Ok next kita tgk mcm mna. . u sorry Tau, I ni x pernah bercinta cintun. . Hahhhh cinta I adalah tidoooooo

Why aku berani nak jumpa dia? Maybe 🤔 umur dah 35, it's time to take action. . Hahahaah at your own risks gitu. Salah satu soalan aku dekat dia yg buat aku berkenan dengan jwapan dia, "awk nk kenal kwn dgn saya utk apa?" Jwpan dia "Untuk kawin"  ok alhamdulillah. Sbb aku dah malas nak main2 ni, hahaha

TINDER!!

Ok, let's START. on MARCH Tetiba dpt text from this guy. . Say Hi kot🤭. So, aku x Tau siapa pulak ni, ask laaa. Then, dia reply.. claim's that kitaorng pernah texted during 2- 3 Tahun lepas😲, ahh sudah🤪 nak Kena perah otak la pulakkkk, sbb time tu TELEGRAM aku mmg deleted dah chat2 lama yg dorang x active chat ngn aku😅

Then dia kata, alaa kenal kat TINDER!! lagi laaa aku blur, ah sudah. Lama dah tu. Pastu sbb aku x caya, dia pun snap laa conversation we all that year.   Haahha ok faham.   Betul la tu, tp bakpo aku x ingat😫. . Dia kata dia amik sambung PHD & dah abis PHD balik Malaysia dia terus cari aku, kata dia laaaa. Husnuzon je la aku. . kata dia gerak hati Dari TUHAN. once touch down Malaysia, aku dia cari. .ek elehhh, bukan Parents dulu ke kita cari🤪

Then, we all chat je laa. . without any feeling. Biar aku Jenis cepat nk feeling. . 🤣 For the 1st time, ok hari2 Dia text. Even time tu aku tgh berlocum buat vaksin kat shah alam & subang. Then, pattern semua mcm sama je😲 tak sampai seminggu, dtg la pasang surut. Dia ni mcm chips more kejap ada kejap xda. Kejap tenggelam, kejap timbul. . See, mcm xda nak serious. 

Kerja aku, klu org gitu. . Dah buat kita bunga2, pastu hilang timbul. . Aku deleted je conversation . Bila timbul xda la aku nk baca conversation lama😬.   

It's seems dia mcm nk test pun ada jugak ni aku rasa. Geram weiiii, sapa x geram. . time reply text, bleh pulak dia slow respond dah. .  Ok, sabar, sabar. Kena sabarrrr. Dia nak main2 la tu. . 

After Raya, permainan dia. . Ahaaa rentak text dia seminggu sekali muncul. . Bila aku reply dia, seminggu pulak reply. It's ok, time to delete laaa. Senang. Buang contact.   So xda la aku duk fikir nk text Dua. Tunggu dia text laa baru aku reply 😏

Macam biasa, aku akan kata DOA, if dia jodoh aku permudahkan lah. . 

Nak dijadikan Cerita, suatu Hari tu aku tgk effort dia kejap ok kejap tenggelam. . Aku DOA lagi, kalau dia jodoh aku permudahkan laaa. Ttba buka phone, dia text. . Kitaorng text guna telegram je😂. Nom dia pun aku xda. . Katanya nama dia KHAIRUL Hizwan. .

So, at that time aku tnya. Are u someone, husband, tunang, bf ? Ye laaa xkan kita nak Caras org punya. Aku pun x suka org caras aku punya😂. Then dia kata, dia single. Ok, next? Are u serious. . Dia kata ye. .  ok fine

Sbnrnya hati aku berat. Aku byak pilihan. Sbb time ni aku baru isi permohonan utk kerja saudi, utk kerja HUSM balik kampung, apply pjj utk degree uitm. .berbelah bahagi, sbb aku rasa Tuhan nak tunaikan hajat aku. Aku rasa mcm aku akn berjaya dpt twaran kerja Saudi. . Bukan apa, aku dh give up rasa. . Dh 12 tahun kat kl, jodoh sorng pun xda selit😂. . Hahaah so maybe jodoh aku ni ada kat saudi ke, kelantan ke. .hahaahah gituuu

Allah have a Good planner for Me. . if Dia jodoh aku, Maka permudahkan lah. . Kita merancang, TUHAN tentukan. . InsyaAllah, ada seBab la nnt kemudian Hari. .

Ok, baru ingat!!! Time tarawih pun aku ada doa jodoh utk Tahun ni tamat Zaman Bujang. . dah 35 dah weiiiiii. . Klu buat BuKu pink ni, maternal age laaaaaaaa. 

Back to SI KHAIRUL ni. .aku berat hati sbb antara kerja Saudi, HUSM ,n jodoh . . We look yg mana sampai dulu, 😆 if jodoh alhamdulillah. Mayb aku boleh postponed utk kerja Arab, n kerja je kat KL 🤭. Aku gtau laa, if u betul serious. Let's make it.  50/50 jugak ni 🤞. Sbb aku & dia xda Bina TRUST lagi. Dia ni byk sgt Rahsia.  

hi Jodoh

Assalamualaikum. . Hi sO lOng tak updated!!!! DaH 2022 🤭, but I'm still single😫. . InsyaAllah, yang terbaik akan Tiba bila sampai waKtu. Musim COVID dah berlalu. . 

Ok, let's START. TINDER!! ya application portal jodoh sangat, dah banyak Kali subscribe x berjaya2 hasil tangkapan. bukan setakat TINDER, OMI, BAITUL MUSLIM , tweeter Dll. . 

Kalau tersangkut pun , chat only a few day dah Kena MIA😅. Mayb the Way I chat kot. . Sepatah2. . hahahahahaha 🤣. but! Dengan OMI ada sejarah😂, biarla SI DANIAL HAYYAN tu bahagia Dunia Akhirat, Arwah dulu seorang yang baik. . 

Back to JODOH.  I think I already fikir2, it's time to cari calon2, but seketul pun xda 😂, how? Yg ada pun Doston (Uzbekistan) and muhd (turkey).  But just for friends.  

Ok, aku pernah DOA kat Makkah ttg JODOH, Kerja Dll. . Yg penting aku akan ke MAKKAH lagi bersama SUAMI!!! x Salah kan DOA. . X sure laa, doa aku 5 Tahun lepas bakal di tunaikan ke tak Tahun ni, if yes. Alhamdulillah. I'm ready for it. . InsyaAllah, pintu Hati dah terbuka luas. . Ready to sakit, suka, bahagia. . biasala laaa xpernah bercinta weiii, crush2 ada laaaa sebelah tangan🤣. 

Sedang baiki diri to be a better version of me. . Kena banyak memberi tanpa harapkan balasan. InsyaAllah. Life purpose ingat tu. . 

Betul, orang kata. kita jangan buat kerja Tuhan. Nak Doa tu, jangan mengarah Tuhan. Kita DOA Je, jika SI guy tu Untuk aku, mmg jodoh aku, dekatkan la Dan permudahkan la urusana kami. Jika dia bukan jodoh aku, Maka jauhkan la perasaan aku. 

Dalam Tahun ni, aku banyak tengok Dan belajar cara nak komunikasi dengan orang llaki utk calon2 bakal Iman ni😃, see serious ke tak🤭

Friday, November 15, 2019

HI SO LONG. .

Assalamualaikum.   Hi so Long & Long time not uPdated My Blogger's 😂. InsyaAllah, Slowly will started baCk
see Ya !!!