fReeDoM, EnJoY

fReeDoM, EnJoY
YaEhhh .. . Say no To tEnsenn, JobLeSs

I OnlY a HumaN bEInG

. . . welcoMe to mY woRlD. . . .

Monday, December 5, 2016

BAgaimaNa naK taHu Si dIa suKa paDa KiTa

Ada sesetengah daripada mereka sudah dapat hidu apabila diri mereka disukai seseorang, namun ada yang sekadar buat tak tahu je, mungkin nak tengok apa tindakan lanjut si dia, malah, ada juga yang sengaja buat-buat tak tahu dek kerana tidak dapat membalas cinta si dia. Mereka ada sebab tersendiri. Namun, masih ada antara mereka yang tidak sedar yang diri mereka ini disukai seseorang. Si dia mungkin malu untuk berterus terang, mungkin takut cinta mereka ditolak?
Lelaki/perempuan berasa gelisah apabila bersama dengan orang yang mereka suka
Baik lelaki mahupun perempuan, mereka berasa gelisah atau tidak tenang apabila bersama dengan orang yang mereka suka. Sebagai contoh, apabila mereka keluar bersama rakan-rakan yang lain, mereka cuba mengelakkan diri dari bertentang mata dengan orang yang mereka suka, atau, apabila bersembang, mereka tiba-tiba akan jadi seperti speechless, iaitu tidak tahu untuk berkata apa-apa. Muka pun dah pucat.
Kerap call atau message
Kalau si dia sering sahaja ingin memulakan perbualan, sebagai contoh, si dia menyapa anda diwhatsapp, dengan bertanyakan khabar, ternyata mereka sebenarnya menyukai anda dalam diam. Namun, kalau anda sendiri mempunyai perasaan yang sama terhadap si dia, sudah tentu anda akan melayan perbualan itu, namun, bagaimana pula bagi mereka yang tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap si dia? Sudah tentu anda akanreply simple-simple sahaja, malah ada yang langsung tidak reply!
Kerap mengambil berat
Apabila si dia sering mengambil barat pasal anda, 98% kemungkinan si dia menyukai anda. Sebagai contoh, anda tidak dapat hadir ke pejabat pada hari itu kerana anda tak sihat, si dia sanggup callbertanya mengenai keadaan anda, malah ada yang sanggup hantarkan makanan buat anda. Yelah, bila dah sakit, nak makan pun tak selera, namun si dia tetap setia hantar makanan buat anda. Sanggup berkorban demi orang yang dia suka.
Cemburu
Si dia menunjukkan bahawa si dia sering cemburu apabila anda rapat dengan lelaki/perempuan lain. Ada sesetengah antara mereka, mungkin tidak berterus terang dengan anda apabila si dia sedang jealous, namun ada maksud tersirat, sebagai contoh “tak apa lah, awak pergi keluar dengan kawan awak tu, saya ni siapa nak halang awak”, dari respon ayat macam ni, jelas si dia jealous dengan apa yang anda lakukan.
Justeru itu, apabila anda merasakan ada yang menyukai anda, sama ada anda suka atau tidak, jangan sesekali menyakiti hati mereka. Kalau anda suka, sudah tentu anda akan melayan sehingga tersemai cinta antara anda berdua, namun, jika anda tidak suka akan si dia, bertindak rasional, cuba berterus terang. Jangan sesekali menghina, menguji si dia. Ingat, setiap tindakan buruk kita pasti kelak ada balasannya. Jangan terlalu ego, terutama buat kaum perempuan, kalau anda merasakan mereka sudah cukup baik di sisi Allah, kahwinilah dia. Jangan pandang rupa semata-mata sehingga yang wajib anda abaikan. Renung-renungkanlah..

No comments:

Post a Comment