Perkahwinan adalah suatu tuntutan dalam islam. Ianya adalah perkara yang sangat baik dan selari dengan perasaan manusia yang inginkan pasangan. Islam tidak pernah melarang bahkan menunjukkan jalan bagaimana mengendalikan perasaan itu ke arah yang terbaik. Walaupun menyedari keperluan pasangan, namun ramai di antara kita, khususnya wanita yang masih takut untuk mencari. Antaranya kerana bimbang malu, bimbang di tolak dan bimbang di lihat masyarakat sebagai “gatal”. Berikut merupakan alasan kenapa anda harus mulakan dulu, khususnya bagi wanita.
Apabila anda memulakan, anda boleh memilih sendiri pasangan.
Bayangkanlah, sekiranya anda hanya menunggu orang yang meminta anda menjadi pasangan, maka ruang pilihan anda menjadi sempit. Anda hanya boleh memilih mereka yang berani dan datang pada anda. Bagaimana pula orang yang memendam perasaan pada anda. Dan bagaimana pula orang yang minat anda. Sekiranya anda yang memulakan, anda ada lebih banyak peluang dan lebih banyak pilihan.
Lelaki baik dah tinggal sedikit.
Umum dah tahu, jumlah wanita kini lebih banyak berbanding lelaki. Sudahlah begitu, ada juga lelaki yang kurang baik dan tidak seperti yang kita inginkan. Lelaki yang berkualiti pula pastinya menjadi rebutan ramai. Jadi, pastinya anda tak nak kehilangan lelaki baik hanya kerana ramai yang mendekatinya. Jika anda yang memulakan, pastinya anda mendapat manfaat yang lebih besar berbanding wanita-wanita yang lain yang sekadar memendam perasaan tersebut.
Dalam sirah, Saidatina Siti Khadijah yang meminang Rasulullah S.A.W.
Jika alasan anda, wanita yang memulakan perkenalan tidak di galakkan dalam islam, pastinya anda terlupa bahawa Saidatina Siti Khadijah yang meminang Rasulullah S.A.W. menggunakan orang tengah. Hasilnya, Saidatina Siti Khadijah berjaya mendapatkan insan yang paling mulia. Sekiranya beliau boleh melakukankannya, kenapa tidak anda.
Sebab lelaki ni bodoh dalam percintaan
Orang lelaki adakalanya tidak akan perasan dengan tanda, atau ekspresi. Mereka hanya nampak sekiranya ia jelas. Jelas anda katakan anda suka padanya. Tanda atau ekspresi kadang kadang tidak mampu di olah oleh minda kaum lelaki. Maka janganlah anda mengharapkan dengan sedikit tanda, kaum lelaki akan perasan anda. Jelaskan sejelasnya, biar mereka faham.
Zaman kini bukan lagi zaman malu-malu dan zaman timba mencari perigi. Kadang kadang untuk mendapatkan yang terbaik, anda harus beranikan diri. Sekiranya di tolak, cubalah yang lain. Sekurangnya anda tidak membazirkan masa untuk terus memendam tanpa dia ketahui.
No comments:
Post a Comment