fReeDoM, EnJoY

fReeDoM, EnJoY
YaEhhh .. . Say no To tEnsenn, JobLeSs

I OnlY a HumaN bEInG

. . . welcoMe to mY woRlD. . . .

Monday, December 5, 2016

BAgaimaNa naK taHu Si dIa suKa paDa KiTa

Ada sesetengah daripada mereka sudah dapat hidu apabila diri mereka disukai seseorang, namun ada yang sekadar buat tak tahu je, mungkin nak tengok apa tindakan lanjut si dia, malah, ada juga yang sengaja buat-buat tak tahu dek kerana tidak dapat membalas cinta si dia. Mereka ada sebab tersendiri. Namun, masih ada antara mereka yang tidak sedar yang diri mereka ini disukai seseorang. Si dia mungkin malu untuk berterus terang, mungkin takut cinta mereka ditolak?
Lelaki/perempuan berasa gelisah apabila bersama dengan orang yang mereka suka
Baik lelaki mahupun perempuan, mereka berasa gelisah atau tidak tenang apabila bersama dengan orang yang mereka suka. Sebagai contoh, apabila mereka keluar bersama rakan-rakan yang lain, mereka cuba mengelakkan diri dari bertentang mata dengan orang yang mereka suka, atau, apabila bersembang, mereka tiba-tiba akan jadi seperti speechless, iaitu tidak tahu untuk berkata apa-apa. Muka pun dah pucat.
Kerap call atau message
Kalau si dia sering sahaja ingin memulakan perbualan, sebagai contoh, si dia menyapa anda diwhatsapp, dengan bertanyakan khabar, ternyata mereka sebenarnya menyukai anda dalam diam. Namun, kalau anda sendiri mempunyai perasaan yang sama terhadap si dia, sudah tentu anda akan melayan perbualan itu, namun, bagaimana pula bagi mereka yang tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap si dia? Sudah tentu anda akanreply simple-simple sahaja, malah ada yang langsung tidak reply!
Kerap mengambil berat
Apabila si dia sering mengambil barat pasal anda, 98% kemungkinan si dia menyukai anda. Sebagai contoh, anda tidak dapat hadir ke pejabat pada hari itu kerana anda tak sihat, si dia sanggup callbertanya mengenai keadaan anda, malah ada yang sanggup hantarkan makanan buat anda. Yelah, bila dah sakit, nak makan pun tak selera, namun si dia tetap setia hantar makanan buat anda. Sanggup berkorban demi orang yang dia suka.
Cemburu
Si dia menunjukkan bahawa si dia sering cemburu apabila anda rapat dengan lelaki/perempuan lain. Ada sesetengah antara mereka, mungkin tidak berterus terang dengan anda apabila si dia sedang jealous, namun ada maksud tersirat, sebagai contoh “tak apa lah, awak pergi keluar dengan kawan awak tu, saya ni siapa nak halang awak”, dari respon ayat macam ni, jelas si dia jealous dengan apa yang anda lakukan.
Justeru itu, apabila anda merasakan ada yang menyukai anda, sama ada anda suka atau tidak, jangan sesekali menyakiti hati mereka. Kalau anda suka, sudah tentu anda akan melayan sehingga tersemai cinta antara anda berdua, namun, jika anda tidak suka akan si dia, bertindak rasional, cuba berterus terang. Jangan sesekali menghina, menguji si dia. Ingat, setiap tindakan buruk kita pasti kelak ada balasannya. Jangan terlalu ego, terutama buat kaum perempuan, kalau anda merasakan mereka sudah cukup baik di sisi Allah, kahwinilah dia. Jangan pandang rupa semata-mata sehingga yang wajib anda abaikan. Renung-renungkanlah..

NIgHt As bABy nUrse

Walla Weihhh..  1sT niGhT yG buSY deNgaN teLataH tWiN Plus 1baBy BoY uNdEr pHotOthErapY.  jaUndIce Babies. EVeRY 15 mINuTes,  u All keEp shOutInG n CrYinG gUrls. . I Do mY beST, 
 paMpeRs ☑,  
fEeDiNg EBM n FSM ☑ 
~MaNdIkaN malaM2 SeBab tOugH tHaT u aLL feEliNg uNcoMfOrtaBle 
PeRUt x keMbUnG ☑ 

SoRrY ,  terPaksa piSaHkaN 1niGhT wiTH uR mOM.  BUkaN aPa,  nnT u All XkaN daPat sePenUhnYa pHoto liGht,  Nnt paRas jaUndice tInGgI,  pastU Kena loNg sTaY kaT 🏥. Paediatric dOct pUn stuJu nGaN caDaNgaN,  lEtaKkaN Babies yaNg Under Photo Kat Bilik Treatment.  BAgi shine Kat bilik trEatmenT.

~baru Nak tuLis rePoRt,  naNgis plaK si keMbaR. . MaCaM- Mana laa Kalau IbU baLiK Nak haNdlekaN si keMbar.
NaSiB seNior toLoNg taKe paRt UtK feeDiNg 👶. .
~ heaDache,  maCaM Nak muntaH Susu puN ada JaGa baby-baBy yG kaLau jenIs maK2 jeNis naK tidur leNa,  bawAk je Kat kaUnter nurse n gtaU aNaK nanGis n xTau naK buaT apa?  SAya x reHaT dr paGi /Ptg taDi LaGi. .  OK Fine!! KitaornG aMbik,  toLoNg jaGaKaN, toLong Dodoikan, ToLoNg duKuNgkaN saMbiL seBelaH taNgaN menUlis buaT rePoRt. KaDaNg2 kiRaornG bisIng jugaK Kat belakang,  xPe Nnt baLiK Mlm2 aDa nurse toloNg jaGakan aNaak. .
~hoPe Malam Ni baBy seMua Ok2 n berKuRaNgaN Sikit,  kesiAn Kat Kak IzzaH. XseMpat nK ToLoNg buaT kan rePort maK2.

* wAnGi baU baBy 👶,  aDa org kaTa baU babY saMa maCaM baU syuRga. .

Thursday, December 1, 2016

TErCuiT laa PULaK

Assalamualaikum.   
TerCuiT cuiT. .  Ayoyooo.  DiD u All reMembEr tHaT,  boUt Da gUy. .  He's cOme baCk. .  Actually. Didn't noTiced tHat. . BuT wEll. .  IgNored je duLu. 
Bila Off Day. For Sure With Gadgets 21hours in ✋. .  Hahaaaa layan moVie Korea, wassap , fbooK,  instagraM.  ADa Satu haRi This weeK,  maCaM terNampak 1 guY dlM instagraM ruPa maCaM MamaT dePan ruMah. .  Guess waT!!!  Tu MmG dIa weihhh.  TeRuJa jap,  tHen staLk n sTaLk. .  Hahaaa nOtHiNg muCh!  RaSe MaCaM beTtEr xTaHu saPe dIa.  👌 taPi daH taHu. . . Camne tuuu.  He's Like My aDik aGe 👌. NaK gaMba?  JaP eakk 
 uniForm 😜
KasiH seOraNg aNaK.  CeewaH.  BerTuah laaa 

MEnGapa perIgI haRus meNcaRi tImBa

Perkahwinan adalah suatu tuntutan dalam islam. Ianya adalah perkara yang sangat baik dan selari dengan perasaan manusia yang inginkan pasangan. Islam tidak pernah melarang bahkan menunjukkan jalan bagaimana mengendalikan perasaan itu ke arah yang terbaik.  Walaupun menyedari keperluan pasangan, namun ramai di antara kita, khususnya wanita yang masih takut untuk mencari. Antaranya kerana bimbang malu, bimbang di tolak dan bimbang di lihat masyarakat sebagai “gatal”. Berikut merupakan alasan kenapa anda harus mulakan dulu, khususnya bagi wanita.
Apabila anda memulakan, anda boleh memilih sendiri pasangan.
Bayangkanlah, sekiranya anda hanya menunggu orang yang meminta anda menjadi pasangan, maka ruang pilihan anda menjadi sempit. Anda hanya boleh memilih mereka yang berani dan datang pada anda. Bagaimana pula orang yang memendam perasaan pada anda. Dan bagaimana pula orang yang minat anda. Sekiranya anda yang memulakan, anda ada lebih banyak peluang dan lebih banyak pilihan.
Lelaki baik dah tinggal sedikit.
Umum dah tahu, jumlah wanita kini lebih banyak berbanding lelaki. Sudahlah begitu, ada juga lelaki yang kurang baik dan tidak seperti yang kita inginkan. Lelaki yang berkualiti pula pastinya menjadi rebutan ramai. Jadi, pastinya anda tak nak kehilangan lelaki baik hanya kerana ramai yang mendekatinya. Jika anda yang memulakan, pastinya anda mendapat manfaat yang lebih besar berbanding wanita-wanita yang lain yang sekadar memendam perasaan tersebut.
Dalam sirah, Saidatina Siti Khadijah yang meminang Rasulullah S.A.W.
Jika alasan anda, wanita yang memulakan perkenalan tidak di galakkan dalam islam, pastinya anda terlupa bahawa Saidatina Siti Khadijah yang meminang Rasulullah S.A.W. menggunakan orang tengah. Hasilnya, Saidatina Siti Khadijah berjaya mendapatkan insan yang paling mulia. Sekiranya beliau boleh melakukankannya, kenapa tidak anda.
Sebab lelaki ni bodoh dalam percintaan
Orang lelaki adakalanya tidak akan perasan dengan tanda, atau ekspresi. Mereka hanya nampak sekiranya ia jelas. Jelas anda katakan anda suka padanya. Tanda atau ekspresi kadang kadang tidak mampu di olah oleh minda kaum lelaki. Maka janganlah anda mengharapkan dengan sedikit tanda, kaum lelaki akan perasan anda. Jelaskan sejelasnya, biar mereka faham.
Zaman kini bukan lagi zaman malu-malu dan zaman timba mencari perigi. Kadang kadang untuk mendapatkan yang terbaik, anda harus beranikan diri. Sekiranya di tolak, cubalah yang lain. Sekurangnya anda tidak membazirkan masa untuk terus memendam tanpa dia ketahui. Wink

PuTus ciNta, jaNgaN PuTus aSa

…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” [ Yusuf : 87 ]
Ada segelintir individu di luar sana yang mudah menyerah kalah dalam bercinta. Terutama ketika mereka sedang hangat bercinta, hubungan itu terputus di tengah jalan, lalu mereka menjadikan ia sebagai salah satu alasan untuk tidak mendirikan rumah tangga. Kecewa kerana gagal berkahwin dengan kekasih hati adalah perkara wajar, tetapi jangan jadikan ianya alasan untuk tidak berkahwin. Dunia ini sangat luas, kegagalan dalam bercinta bukan bererti kita tidak layak bahagia atau meraih kebahagiaan. Jika hari ini Allah belum mempertemukan kita dengan orang yang mencintai kita, InshaAllah, ia pasti akan datang, sama ada cepat atau lambat. Itu adalah sebahagian dari kekuasaan-Nya.
Jangan berputus asa
Cinta juga melalui beberapa proses. Ia memerlukan waktu, namun ada yang datang tanpa diduga, atau mungkin tidak seperti yang kita harapkan. Dalam apa jua keadaan, sentiasa berdoa dan tawakal kepada Allah SWT agar dikurniakan dengan jodoh yang soleh dan solehah. Seperti yang kita dapat lihat di sekeliling kita, pada zaman sekarang kebanyakan mereka yang tidak mahu berkahwin disebabkan kegagalan dalam bercinta, justeru itu, semai kan lah dalam hati, setiap kegagalan pasti ada penyelesaiannya kelak.
Motivasi untuk mereka yang patah hati
Setelah menyakini bahawa Allah akan memberikan yang terbaik untuk kita, maka fokuslah ke masa hadapan anda. Apa visi, misi dan tujuan anda. Jadikan ianya sebagai motivasi anda agar dapat meraih hidup yang lebih baik. Ingat, jangan sesekali berputus asa, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
“Dosa besar yang paling besar adalah menyekutukan Allah, merasa aman dari makar Allah, putus asa terhadap rahmat Allah, dan putus harapan terhadap kelapangan dari Allah.” (Hadis hasan sahih; diriwayatkan oleh Ath-Thabrani)
Maka kita, sebagai seorang yang BERIMAN KEPADA ALLAH, tidak boleh sesekali berputus asa Wink